Siaran Langsung Separuh Akhir Kedua Pahang vs Johor Darul Takzim

Siaran langsung separuh akhir kedua Pahang vs Johor Darul Takzim. Pertemuan separuh akhir kedua Pahang vs Johor Darul Takzim ini dijadualkan berlansung pada 1 June 2013 jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan ini sepatutnya berlangsung pada 28 Mei 2013 yang lalu tidak dapat diadakan ekoran daripada berlakunya kekecohan penonton di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang.
siaran langsung separuh akhir kedua pahang vs johor darul takzim
Kredit : Johor Darul Takzim FC
Insiden pada hari tersebut telah mencatatkan titik hitam dalam lipatan sejarah bolasepak Malaysia. Aku bukannya nak mengulas pasal insiden tersebut tetapi mengharapkan pasukan Johor Darul Takzim akan mampu menundukkan pasukan Pahang seterusnya melangkah ke final Piala FA untuk bertemu Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada 29 June 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Oleh kerana perlawanan ini diadakan di luar Johor, maka aku tidak dapat turut serta untuk memberi sokongan kepada pasukan harimau selatan. Aku tengok kat Astro Arena Saluran 801 jer kerana khabarnya disiarkan secara langsung. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Bukit Jalil, Boleh tengok di kaca tv ataupun melalui link live streaming(kalau ada) sebagaimana di bawah.

Live Streaming separuh akhir kedua pahang vs johor darul takzim

Keputusan perlawanan separuh akhir kedua pahang vs johor darul takzim

Keputusan akan diupdate sebaik sahaja tamat perlawanan.
PASUKAN
KEPUTUSAN
PENJARING
Pahang vs Darul Takzim FC
2 - 1
Pahang :Matias 2 gol
Darul Takzim :Andrezinho
Aggregat 2-2. Johor Darul Takzim layak ke final piala FA dengan gol di tempat lawan.
Tag : jdt
3 Comments for "Siaran Langsung Separuh Akhir Kedua Pahang vs Johor Darul Takzim"

Sama-sama kita tonton -_-

yup..jgn lupa utk tgk malam ni...pasti sengit..pasti panas =)

yeyyy johor menangggg

Back To Top