Jersi Johor Darul Takzim

Jersi Johor Darul Takzim. Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak aku memiliki jersi Johor Darul Takzim. Sebenarnya sebelum ini pun aku dah ada jersi pasukan harimau selatan nie tetapi hanyalah jersi Johor FA.

jersi johor darul takzim


 Bila aku pergi Stadium Larkin, orang lain pakai jersi Darul Takzim tetapi aku pakai jersi Johor FA pulak. Selepas ini tak adalah aku pakai lain daripada orang lain.

Terkilan jugak bila tengok live di Astro Arena Saluran 801 siaran langsung perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim tempoh hari tak dapat dilaksanakan atas-atas faktor keselamatan. Perlawanan Ulangan separuh akhir tersebut akan diadakan semula di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 4.45 petang 1 June 2013. 30,000 tiket diperuntukkan untuk penyokong setiap pasukan.

Harap perlawanan yang akan membabitkan Pasukan Johor Darul Takzim tidak akan menimbulkan kejadian yang tidak diingini. Bolasepak adalah lambang penyatuan dan bukannya lambang perpecahan.

Tag : jdt
2 Comments for "Jersi Johor Darul Takzim"

moga semuanya berjalan lancar nnti :)
hogoh pahang hogoh...

harap-harap begitulah AUC hendaknya.

Back To Top