Pekeliling gaji bulan julai 2013. Alhamdulillah pekeliling kenaikan gaji kakitangan awam pada bulan julai 2013 ini telah dikeluarkan secara rasminya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.
Maknanya tahun ini dua kali la penjawat awam menerima kenaikan gaji termasuk gaji bulan julai 2013. Alhamdulillah nampaknya memang 'janji ditepati' sepertimana yang di war-warkan oleh YAB Perdana Menteri kita.
Pekeliling kenaikan gaji bulan julai 2013 berkuatkuasa pada 1 julai 2013 |
Tujuan pekeliling kenaikan gaji bulan julai 2013 dikeluarkan
Tujuan pekeliling gaji bulan julai 2013 dikeluarkan ialah untuk melaksanakan keputusan kerajaan berkaitan dengan pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan atau ringkasannya KGT kepada semua penjawat awam di bawah Sistem Saraan Malaysia.Download pekeliling kenaikan gaji bulan julai 2013
Semoga semua penjawat awam akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dengan lebih bersemangat setelah keluarnya pekeliling gaji bulan julai 2013.
Tag :
informasi
24 Comments for "Pekeliling Gaji Bulan Julai 2013"
alhamdulillah. rezeki. terima kasih dengan perkongsian info ini.
Alhamdulilah tuan naik gaji lagi
tahniah pada semua penjawat awam. rezeki lagi dan mudahan dapat bekerja dengan lebih baik dan cekap lagi.
sama-sama fyna. Semoga mendapat manfaat bersama.
Alhamdulillah. Naik ke gaji tuan onlajer.
Ya semoga semua penjawat awam dapat bekerja dengan lebih bersemangat.
syukur Alhamdulillah, terima kasih pada kerajaan. Cuma satu yang membuatkan saya sering bertanya, adakah pemberian KGT ini bermakna KGT untuk tahun hadapan ditiadakan berikutan ayat PM yang tergantung semasa mengumumkannya dahulu, iaitu ianya diberi lebih awal.
Masih samar-samar lagi saya tentang KGT untuk tahun 2014. Apapun kita tunggu dan lihat saja nanti.
Syukrlah atas kenaikan ini, harap tak adalah kenaikan harga barang..hmmm
Ya harap jangan dipergunakan untuk menaikkan harga barang-barang
Bolehla paww isteri camni..hihihihi...
Isteri kerja kerajaan. Jangan Paww mintak sikit jer.
Sedap lah korang yer wahai penjawat awam..hehe..tahniah2...rezeki tuhhh...
Semoga pemberian kenaikan gaji ini akan mengurangkan beban di bahu penjawat awam .
semoga dengan kenaikan gaji ni semua penjawat awam akan lebih efisyen dan bersemangat melaksanakan tugas.
Selama nie pun diaorang bersemangat melaksanakan tugas.hehehe
senyum lebar mereka yang bekerja di sektor awam
jangan lupa untuk buat simpanan
hehe
Bertambah rezeki diaorang kali ini kan.
kalau perlantikan baru (tetap) bulan april 2013, dapat juga ke KGT ini?
Alhamdulillah.. murah rezeki kita di bulan ini.
Senyum lebar lah kami di sektor awam. Syabas pada kerajaan yang menunaikan janji.
Harap mutu kerja pun semakin meningkat.
Yang mana pelantikan sebelum 1 julai 2013 layak.itulah apa yang difahamkan melalui pekeliling. Kalau nak lebih lanjut boleh download pekeliling melalui link di atas.
tahniah