Cara Kemaskini BR1M 2014

Cara kemaskini akaun bank untuk penerimaan BR1M 2014. Untuk penerimaan Bantuan Rakyat 1Malaysia dengan lebih lancar, kerajaan menggalakkan orang ramai yang telah menerima BR1M 2.0 supaya mengemaskini akaun bank mereka untuk penerimaan BR1M 2014.

kemudahan yang diberikan ini memudahkan segenap lapisan rakyat yang berkelayakan
terutamanya golongan warga emas dan OKU mendapatkan bantuan mereka tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama. Penerimaan terus akan dimasukkan ke akaun bank pemohon. Bagi pemohon yang sudah mendaftar sila pastikan anda mengupdate ataupun mengemaskini status akaun bank anda.

cara kemaskini BR1M 2014

Cara kemaskini status akaun bank BR1M 2014

Di bawah ini saya kongsikan cara kemaskini status akaun bank bagi permohonan BR1M 2014. Sebelum itu diingatkan hanya kemaskini maklumat akaun bank sahaja yang boleh dilakukan secara online. Sekiranya anda ingin mengemaskini status perkahwinan ataupun jumlah isi rumah, sila ke pejabat LHDN yang berhampiran.

Kemaskini secara online ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Sekiranya ada pendaan lain sila ke pejabat LHDN yang berhampiran dengan tempat anda.

  1. Layari https://ebr1m.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor My Kad, tarikh lahir dan pilih ruangan kemaskini permohonan BR1M 2.0
  3. cara kemaskini BR1M 2014
  4. Tick bahagian maklumat bank dan masukkan nama bank serta nombor akaun
  5. cara kemaskini maklumat bank br1m 2014
  6. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan seperti di atas,sila pergi ke akaun pengesahan dengan menandakan ruangan saya bersetuju dengan terma dan syarat diatas dan klik setuju& hantar.
    kemaskini br1m
  7. Kalau tiada masalah popup seperti di bawah akan keluar. Anda boleh membuat cetakan untuk rujukan. Sebelum membuat cetakan pastikan desktop anda mempunyai perisian adobe reader.
    cara kemaskini br1m 2014

https://plus.google.com/114408330145630150391/posts/Gfn1rnEZv1E


Tag : informasi
2 Comments for "Cara Kemaskini BR1M 2014"
Ummi HaniE Annisa
delete

salam..


dah mencuba utk diri sndiri tapi tak lepas sbb gaji suami tak layak.


tak ngapelah, bagi peluang org lain ;)

Ya keutamaan kepada yang layak

Back To Top