Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2018 Sudah Ditutup

Sudah lama saya tidak menulis di sini. Maklumlah sangat sibuk dengan urusan kerja hakiki yang semakin menimbun. Tetapi artikel yang ingin saya tulis di sini ialah tentang BR1M 2018.




Saya percaya ramai yang tertanya-tanya kenapa sudah tidak boleh membuat permohonan dan membuat kemaskini brim sudah tidak boleh dilakukan lagi. Mengapa ya.




Kalau anda mahu tahu, itu semua sudah ditutup. Apa yang boleh anda lakukan sekarang membuat semakan brim 2018. Tetapi jika anda semak sekarang, ianya semua masih lagi dalam proses. Ianya akan mengambil sedikit masa, kerana perlu melepasi pengesahan dari beberapa agensi kerajaan.



Antara agensi yang terlibat ialah :




  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDNM)
  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM)
  • Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
  • Jabatan Agama Islam Negeri
  • Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)
  • Kumpulan Wang Persaraan
  • Angkatan Tentera Malaysia(ATM)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Kementerian Luar Negeri



Akhir kata, jangan lupa membuat semakan brim sedikit masa lagi. Saya nasihatkan anda cubalah selalu rujuk laman https://www.rossaimi.com.
Tag : informasi
0 Comments for "Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2018 Sudah Ditutup"

Back To Top